Rabu, 2 November 2011

Tidakkkkkkk....!



Rumah idaman aku dah sold tadi. Takde rezeki la nampaknya nak memilikki rumah tu,huhu! siapa le yg beli hampeh tul!


Pagi tadi aku lalu taman perumahan tu pergi hantar orang umah balik kampung so aku ternampak banner tulis SOLD kat depan rumah tu. Boleh dikatakan hari2 aku nengok rumah tu mana taknya aku selalu balik kampung ikut jalan perumahan tu. Kempunan la aku...


Takpalah kalau dah bukan rezeki. Aku fikir positif jelah, mungkin ada rumah yg lebih baik or murah untuk aku nanti. InsyaAllah rezeki kita siapa yg tahu melainkan Allah. Bukan pe rumah tu masih baru takde orang pernah duduk. Biasalah cina style, beli rumah pastu biar bila harga naik jual. Kondisi rumah tu pun terbaik yelah rumah baru walaupun dah berusia sekitar 3-5 tahun. Design pun cantik lokasi pun terbaik. frust3......



Gambar dalam rumah siap plaster shiling lagi.

Rabu, 19 Oktober 2011

Aku nak beli RUMAH....!

Sebelum ni aku tak terfikir nak beli rumah. Asyik tergila-gila nak tukar kereta tapi sejak dua menjak ni aku begitu excited untuk memilikki rumah. Mungkin sebab aku dah berumah tangga serta ingin membina hidup sendiri disamping isteri tercinta.
Tapi itulah sekarang, kos sara hidup yang melambung sejak dua menjak ni membuatkan aku terfikir betapa sukarnya nak mengharungi hidup sekarang. Bukan apa dengan gaji aku sebagai PAP disektor kerajaan ni berapa la sangat. Aku ni kira bernasib baik la hidup dikota yang sara hidup dia tak terlalu tinggi iaitu Bandaraya Ipoh.
Rumah sekarang ni bukannya murah. Rumah teres pun dah beratus ribu alasanya barang mentah dah mahal. Aku takleh terima betul kenyataan camtu tapi apa aku boleh buat. Semua orang nak memilikki rumah baru begitu juga dengan aku tapi bila mengenang pendapatan aku ni rumah 2nd je la yang aku mampu.
Baru-baru ni aku ada survey rumah walaupun aku hanya boleh beli rumah pada hujung tahun hadapan tapi disebabkan keterujaan aku nak ada rumah ni aku redah je. Aku terjumpalah rumah ni terus aku jatuh cinta.


Cantikkan...?
Tapi tulah cam aku cakap tadi aku hanya boleh beli rumah pada tahun hadapan so kenalah bersabar. Kalaulah aku boleh buat loan sekarang dah lama rumah aku beli rumah ni. Kawasan dia berada ditengah-tengah kawasan antara rumah bapa aku dengan rumah mertua aku. Kira strategik la kan. Rumah ni broker yang jual tu yang buat mahal kalau direct owner murah sikit.
Mula-mula broker tu letak harga RM125K tapi sampai sekarang takde buyer dia turun RM109K. Teruja la aku tapi masalahnya bukan aku sorang yang cari rumah. Minta-mintalah takde orang beli fuhhh! jampi sikit,hehe! Bagi aku kalau rumah ni milik aku usah kata setahun seratus tahun pun rumah ni akan tunggu aku so aku berserah saja... ;)